Easy & Lazy Lemak Cili Padi Sardin + Kentang
*Version paling easy, lazy tak payah tumbuk2 bawang segala
Bahan:
Sardin (Tin Kecik)
Santan kotak
Kentang (2 biji)
Cili padi (Sukati nak pedas banyak mana)
Serbuk kunyit
Garam
Cara:
Hiris cili padi
Kupas kentang. Belah 4.
Didihkan sikit air dalam periuk
(Agak agak nak empukkan kentang je)
Rebus kentang sampai empuk
Masukkan santan & cili padi & serbuk kunyit
(Ikut suka nak pekat & kuah banyak mana)
Kacau
Dah mendidih tu masukkan ikan sardin sekali kuah dia
Masukkan garam.
Masak sampai mendidih/pekat.
Rasa. If dah ok, done!
****************************************************************************************************
Easy & Lazy Lemak Cili Padi Sardin Takde Kentang
*Version paling easy, lazy tak payah tumbuk2 bawang segala
Bahan:
Sardin (Tin Kecik)
Santan kotak
Cili padi (Sukati nak pedas banyak mana)
Serbuk kunyit
Garam
Cara:
Hiris cili padi
Didihkan sikit air dalam periuk
Masukkan santan & cili padi & serbuk kunyit
(Ikut suka nak pekat & kuah banyak mana)
Kacau
Dah mendidih tu masukkan ikan sardin sekali kuah dia
Masukkan garam.
Masak sampai mendidih/pekat.
Rasa. If dah ok, done!
****************************************************************************************************
Lemak Cili Padi Sardin+Kentang
*Version Perfect Susah Payah Sikit*
Bahan:
Sardin (Tin Kecik)
Santan kotak
Kentang (2 Biji)
Cili padi (Sukati nak pedas banyak mana)
Kunyit hidup seinci
Serai sebatang (Ketuk)
Cara:
Tumbuk kunyit hidup & cili padi
Didihkan sikit air dalam periuk
(Agak agak untuk bagi kentang empuk je)
Masukkan kentang.
Bila kentang dah empuk,
Masukkan cili padi+kunyit hidup yang dah tumbuk tadi
Masukkan serai
Masukkan santan
(Ikut suka nak pekat & kuah banyak mana)
Kacau
Dah mendidih tu masukkan ikan sardin sekali kuah dia
Masukkan garam.
Masak sampai mendidih/pekat.
Rasa. If dah ok, done!
No comments:
Post a Comment