Wednesday, September 17, 2014

Sambal Sotong


Bahan:
Seekor sotong kurita (yang basah) - basuh dengan air asam jawa dan cuci bersih, tos dan potong kecik kecik
2 senduk cili blend
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili padi - ikut suka nak pedas boleh tambah
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
Secubit perasa
1/2 cawan air asam jawa yang pekat
Air 2 cawan atau lebih

Cara:
Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi
Tumis
Masukkan cili blend
Tumis sampai pecah minyak
Masukkan air 
Menggelegak masukkan air asam jawab, garam, gula, perasa
Masukkan sotong
Masak sampai kuah pekat, guna api kecik
Sambil tu boleh rasa kuah dia tahap pedas manis masam bagi seimbang
Siap!

Wednesday, December 11, 2013

Cendawan Tiram Goreng Udang


Bahan:
Segenggam cendawan tiram
3 - 5 ekor udang (buang kepala)
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
Garam & perasa

Cara: 
Cendawan - carik kecik kecik, basuh & tos
Udang - basuh & tos
Tumis bawang, masukkan cendawan
Kecikkan api, dah nak masak cendawan masukkan udang
Air tak letak pun takpe sebab cendawan tu nanti dia kuar air sendiri
Masukkan garam & perasa, rasa, siap!

Tuesday, December 10, 2013

Ayam Buttermilk


Bahan: 
Ayam (potong bahagian dada/isi - potong kekecik)
Bawang merah 2 ulas (tumbuk)
Bawang putih 1 ulas (ketuk)
Butter (2 - 3 sudu)
Daun kari
Susu cair
Serbuk kari
Tepung  gandum +Tepung jagung
Cili api - potong serong
Garam
Air

Cara:
Gaul isi ayam dengan serbuk kari lepas tu lumurkan dalam tepung gandum + tepung jagung.
Lepas tu goreng sampai masak.
Then, Panaskan kuali (api kecik), masukkan butter
Bila butter dah cair, masukkan bawang merah + bawang putih
Dah naik bau, masukkan daun kari
Dah agak garing, masukkan susu cair. Depends nak kuah banyak mana
Agak agak pekat bubuh air sikit
Masukkan garam & rasa
Bila dah mendidih masukkan isi ayam tadi
Masak sampai kuah pekat.
Siap!



Monday, December 9, 2013

Kari Telur & Terung

Bahan: 
2 biji telur
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sudu besar serbuk kari daging/ayam + sedikit air (Jadikan pes kari)
1/2 kotak kecil santa (Brand Kara)
Kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih
1 biji terung bulat - basuh & potong kecik
Air
Garam & perasa

Cara:
Tumbuk bawang merah + bawang putih
Tumis
Masukkan kayu manis + bunga lawang + bunga cengkih
Tumis lagi sampai naik bau
Masukkan pes kari, tumis lagi.
Masukkan air + santan sikit
Masukkan terung
Masak sampai terung hampir empuk
Masukkan santan pekat
Kalau pekat sangat, tambah air sikit
Masukkan garam & perasa.
Pecahkan telur dalam mangkuk satu persatu baru curah dalam periuk
Kecikkan api. Jangan kacau nanti telur pecah
Masak sampai telur masak
Siap!

*Pecahkan telur dalam mangkuk lain satu persatu untuk elakkan telur busuk termasuk dalam masakan.

Ikan Bilis Bunga Kantan

Bahan:
Segenggam ikan bilis - basuh & tos
2 kuntum bunga kantan - basuh & hiris nipis nipis
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
5 biji cili padi (ikut pedas mana nak)
1 inci kunyit hidup
Sebiji limau nipis - optional
Garam

Cara:
Goreng garing ikan bilis
Tumbuk bawang merah + bawang putih + kunyit hidup + cili padi
Tumis bahan tumbuk
Masukkan bunga kantan
Gaul. Api sederhana
Masukkan ikan bilis, gaul. Rasa.
Kalau tak masin, tambah garam.
Kalau dah ok, setel!
Siap!